PERSONALITI

0
PEMILIHAN PAKAIAN YANG SESUAI DENGAN BENTUK BADAN

Cara seseorang wanita itu berpakaian adalah penting agar ia di lihat oleh masyarakat sebagai seorang yang mempunyai keperibadian yang baik. Oleh itu seseorang itu haruslah pandai memilih pakaian yang besesuaian dengan dirinya dan yang paling penting berdasarkan bentuk badan. Untuk kelihatan lebih menarik pilihlah baju yang bersesuaian dengan bentuk badan, warna kulit, perwatakan, masa dan umur.

Kertas penerangan ini adalah bertujuan menerangkan mengenai tujuan dan cara-cara untuk memilih pakaian serta aksesori bagi tubuh yang tinggi dan kurus, tubuh tinggi dan gempal, tubuh yang pendek dan kurus serta tubuh yang pendek dan gempal.


TUBUH YANG TINGGI DAN KURUS

Tujuan : Untuk mengimbangkan ketinggian dengan menambahkan kelebaran badan.

Panduan :

1. Pilih kain bercorak jalur melintang.
2. Pilih perhiasan seperti tali pinggang lebar yang bertentangan warna dengan warna pakaian. Skirt dan seluar eloklah mempunyai kocek di bahagian punggung manakala baju biarlah labuh.
3. Untuk menutup leher yang kurus dan panjang, pilih baju yang berkolar tegak atau mempunyai renda berkedut atau gunakan selendang yang lembut.
4. Untuk menutup lengan yang kurus, pilihlah baju yang berlengan panjang dan kembang.
5. Pilih kain berwarna terang dan garang.
6. Pilih skirt kembang yang diperbuat daripada kain lembut dan baju berasingan serta bertentangan warna.
7. Elakkan memilih kain yang kasar atau berat.


TUBUH YANG TINGGI DAN GEMPAL

Tujuan : Untuk memberi ilusi pandangan kegempalan badan tanpa menambahkan ketinggian.

Panduan :

1. Pilih kain berjalur tegak yang tidak putus-putus dan warna yang bertentangan untuk skirt yang berpesak dua atau berpesak empat.
2. Pilih baju yang tidak sendat atau kembang.
3. Pilih baju yang garis lehernya jauh daripada muka.
4. Pilih kain yang berwarna sederhana.
5. Pilih kain yang sederhana tebalnya.
6. Pilih corak yang sederhana besarnya.


TUBUH YANG PENDEK DAN KURUS

Tujuan : Supaya kelihatan tinggi dan menampakkan badan berisi sedikit.

Panduan :

1. Pilih kain berjalur tegak dan mempunyai fesyen berkedut.
2. Pilih baju yang mempunyai garisan ’princess’
3. Tutup leher yang kurus dengan baju berkolar tegak.
4. Pilih skirt berpesak.
5. Pilih baju berlengan panjang.
6. Pilih tali pinggang yang berwarna bertentangan dengan warna baju untu menambahkan kelebaran dan menunjukkan pinggang yang ramping.
7. Pilih baju satu warna sahaja dan tambah perhiasan ringan yang berpadanan.
8. Pilih kain yang lembut, ringan atau sederhana berat dengan corak kecil.


TUBUH YANG PENDEK DAN GEMPAL

Tujuan : Supaya kelihatan lebih tinggi.

Panduan :

1. Pilih kain berjalur tegak.
2. Pilih baju yang mempunyai garisan ’princess’ dan mempunyai sekeping panel hadapan yang lurus.
3. Lindungkan punggung dan betis yang lebar dengan skirt yang agak kembang.
4. Pilih fesyen pakaian yang ringkas dan separuh sendat.
5. Pilih pakaian yang mempunyai leher berbentuk ’V’ atau ’U’ untuk menarik perhatian pada muka sambil memberi gambaran lampai.
6. Elakkan memakai tali pinggang atau pakaian yang berasingan.
7. Pilih kain satu warna.
8. Pilih kain yang lembut dengan corak yang berbalam-balam.

MAKE UP

0


Solekan adalah amat penting bagi semua orang untuk menampakkan penampilan yang menarik bagi setiap orang. Oleh itu solekan pembetulan  mempunyai pelbagai jenis .

Solekan untuk seseorang pengantin bagi majlis persandingan adalah sangat penting bagi seseorang pengantin kerana pada hari itu adalah hari yang paling bersejarah  dan akan menjadi perhatian ramai. Jadi amatlah penting untuk menyolekkan seseorang pengantin dengan hasil yang menarik dan kemas. Pemilihan warna untuk  solekan pengantin ini juga perlu berdasarkan warna pakaian, masa, kulit, umur  dan aksesori rambut untuk mendapatkan hasil yang sesuai dengan pelanggan dan menarik.

Solekan pengantin juga boleh dijadikan juga  sebagai solekan fotografi kerana biasanya semasa majlis persandingan itu gambar akan diambil. Bagi solekan pengantin dan fotografi ini dinamakan juga sebagai solekan pembetulan kerana perlu menggunakan kosmetik camouflage yang bertujuan dapat kelihatan natural, cantik dan melindungi parut-parut, tanda lahir atau bekas jerawat. Solekan pengantin dan fotografi ini lain daripada solekan siang atau malam kerana perlu dibuat shading iaitu digelapkan sesetengah bahagian muka dan highlight iaitu dicerahkan sesetengah bahagian muka.

Bedak asas penyembunyi  adalah salah satu bahan penting yang digunakan dalm solekan pengantin dan solekan fotografi ini kerana ia  digunakan untuk menyembunyikan tanda-tanda di muka, parut, jerawat dan lain-lain.  Ia disapukan di atas tanda-tanda tersebut  sebelum menggunakan bedak asas perawat. Bahan ini kedap cahaya, lebih pekat dan boleh menyembunyikan tanda dengan sempurna.

Solekan pengantin ini perlu dipakaikan bulu mata palsu utuk mendapatkan hasil yang menarik. Bulu mata palsu satu persatu dipakaikan untuk mendapatkan hasil yang semulajadi. Bulu mata palsu ini boleh tahan ditinggalkan pada kelopak mata hingga seminggu. Jumlah bulu mata palsu satu persatu untuk sepasang mata ialah digunakan mengikut saiz mata dan saiz  yang besar digunakan dibahagian tengah dan saiz yang kecil digunakan dibahagian hujung mata. Bulu mata palsu satu persatu tidak boleh dipakai berulang kali dan penggunaannya ialah pakai, habis dan buang.

 

KULIT MUKA

0



TUJUAN : Kertas penerangan ini adalah bertujuan  menerangkan tentang jenis-jenis kulit muka, ciri-cirinya dan faktor yang menyebabkan.

PENERANGAN : Sebagai seorang jurukecantikan kita perlu mengetahui jenis-jenis kulit muka kerana sebelum melakukan rawatan muka kita mesti tahu apakah rawatan dan bahan yang sesuai dengan jenis muka pelanggan. Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza.

Secara umumnya kulit terbahagi kepada empat jenis iaitu:
1.Kulit normal
2.Kulit berminyak
3.Kulit kering
4.Kulit campuran (kombinasi)

1.Kulit normal
Ciri-ciri:
1)Kemerah-merahan dan berseri
2)Tidak berkilat
3)Pejal
4)Bertekstur halus
5)Tidak bertanda
6)Cerah dan segar

Faktor yang menyebabkan:
1)Metabolisme badan yang baik
2)Memakan makanan  yang seimbang
3)Umur
4)Kebersihan dan penjagaan kulit yang betul
5)Kekenyalan kulit yang baik
6)Memakan makanan yang boleh mengekalkan kesuburan kulit.

2.Kulit berminyak
Ciri-ciri:
1)Liang terbuka
2)Pucat dan tidak menarik
3)Mudah bertanda atau berbintik-bintik dan di tumbuhi jerawat.
4)Kelihatan berkilat
5)Permukaan kulit berminyak

Faktor yang menyebabkan:
1)Pengeluaran sebum yang berlebihan
2)Metabolisme yang tidak betul.
3)Terlalu banyak memakan makanan berlemak dan berminyak serta karbohidrat dan gula.
4)Umur dan tindakan kalenjar dalam badan.
5)Tidak menjaga kesihatan dan kebersihan kulit.
6)Jangkitan pada bintik-bintik merebak.

3.Kulit kering
Ciri-ciri:
1)Mengelupas dan boleh terdapat kelemumur di bahagian kening
2)Sensetif terhadap tindak balas dan gatal.
3)Permukaan kulit merekah
4)Mudah berkedut dan kedut terjadi lebih awal dari sepatutnya.
5)Selepas di cuci kulit terasa tegang dan mengembang.

Faktor yang menyebabkan:
1)Pengeluartan sebum atau peluh yang kurang
2)Kekurangan kelembapan atau tiada kelembapan pada lapisan kulit atas
3)Menggunakan sabun, bahan pencuci, agen pembuang minyak dan penyegar kulit dengan berlebihan.
4)Terlalu terdedah kepada cahaya matahari.
5)Kekurangan vitamin C
6)Penggunaan alat pemanas


PUPUR MUKA

0



TUJUAN : Pupur adalah bahan penting semasa rawatan muka dilakukan. Pupur mempunyai pelbagai jenis dan kegunaannya yang berbeza bergantung kepada jenis kulit muka. 

PENERANGAN : Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan tujuan memakai pupur, jenis-jenis pupur, kegunaannya serta tindakan pupur.

Tujuan menggunakan pupur :
  1. Untuk merangsangkan kulit muka.
  2. Untuk menghaluskan kulit muka.
  3. Untuk membersihkan kulit serta mengelupaskan kulit yang kering.
  4. Untuk melegakan dan meyuburkan kulit.
Jenis pupur :

a) Pupur mengeras
Pupur mengeras mengandungi bahan-bahan seperti tanah liat, sulfur, bahan mengupas (peeling) dan astringen. Diantara pupur mengeras ini ialah kaolin, fullers earth, magnesium karbonat, sulfur dan kalamin

b) Pupur tidak mengeras
Pupur ini dibuat daripada bahan biologi seperti buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran atau daripada bahan semulajadi seperti telur dan sebagainya. Pek serbuk oat juga merupakan contoh pupur tidak mengeras.


PUPUR MINYAK

0
Rawatan pupur ini adalah rawatan pupur menggunakan minyak. Tidak kesemua jenis kulit sesuai untuk melakukan rawatan pupur minyak ini. Diantara jenis-jenis kulit yang sesuai untuk melakukan rawatan pupur minyak ini ialah kulit kering, kulit kurang sebum, tisu kulit  yang kurang sebum dan kulit matang yang berkedut. Pemakaian pupur ini bertujuan merangsangkan kulit dan mengaktifkan sebum didalam kulit.

Minyak yang paling sesuai untuk rawatan ini ialah minyak zaitun. Minyak yang hendak disapu ini perlulah dipanaskan dahulu didalam pot heater dan kemudiannya disuamkan dahulu sebelum disapu ke muka pelanggan.
              
Lampu inframerah juga akan digunakan iaitu akan disinarkan ke muka pelanggan setelah minyak disapu ke muka pelanggan. Lampu ini akan diletakkan pada jarak 46-90cm iaitu selama 10-15 minit  sehingga kulit kemerah-merahan dan sinaran itu akan membawa minyak menembusi ke lapisan dalam kulit. Lampu yang akan disinarkan itu perlu dipanaskan selama 10-15 minit sebelum  rawatan dimulakan.
          
Langkah-langkah keselamatan semasa rawatan:

1-Pastikan pelanggan tidak ditinggalkan berseorangan semasa rawatan dilakukan.
2-Pastikan lampu inframerah diperiksa @ diuji sebelum digunakan.  
3-Pastikan  minyak diuji sebelum disapukan ke muka pelanggan.
4-Pastikan semasa rawatan sinaran lampu inframerah  mata pelanggan ditutup.
5-Pastikan semasa sapuan minyak tidak termasuk ke kawasan sensetif iaitu mata, lubang hidung, bibir dan telinga.

Kontra indikasi bagi rawatan pupur minyak

o   Mengidap kencing manis
o   Penyakit kulit yang serius
o   Penghidap lemah jantung
o   Penghidap darah tinggi
o   Penyakit gila babi
o   Kapilari pecah
o   Dan lain-lain bagi penyakit yang tidak sesuai untuk melakukan rawatan sinar infra merah

 
Free Website templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates